CARA BELI IPO MENGUNAKAN MAYBANK 2U
Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera hari ini saya ingin memnunjukkan cara unutuk membeli ipo menggunakan maybank2u.
1. LOG MASUK KE MAYBANK2U
Macam biasa, masukkan username dan password.
2. PERGI KE PAGE INVESMENT.
Dari laman utama akaun Maybank2u, cari link Apply di bahagian atas kanan (label no 1 dalam gambar) dan klik Investment (label no 2). Sekiranya anda belum hubungkan akaun CDS, setelkan dulu dengan klik Link Account (label no 3). Sekiranya dah hubungkan akaun, terus tekan Apply Now di bahagian eIPO (label no 4).
3. LINK AKAUN CDS
Sekiranya anda dah buat step ni, boleh langkau ke step seterusnya. Link no 3 tadi akan bawa anda ke page untuk Link CDS. Anda cuma perlu masukkan nombor akaun CDS, masukkan nama pilihan anda untuk akaun ini dan Submit. Pastikan nombor akaun tu betul. Jangan tersilap masuk ke akaun orang lain.
4. MEMBUAT PERMOHONAN IPO
Dari link no 4 di atas tadi, anda akan dibawakan ke page permohonan untuk eIPO. Kalau dah hubungkan akaun CDS, anda tak perlu lagi masukkan CDS account no. Klik saja ruangan Favourite CDS Account, dan pilih akaun CDS anda. Klik pada saham pilihan dan isikan jumlah lot saham yang ingin dibeli (disarankan mengikut tier). Tandakan (✔) pada ruangan di bawah untuk menandakan anda sudah baca dokumen yang terlibat. Kemudian klik Submit.
5. SEMAK , UBAHSUAI ATAU SAHKAN PEMBELIAN.
Anda sudah berada di step terakhir. Dekat page ini, anda boleh semak semula pembelian anda kalau ada apa-apa yang perlu diubah, contohnya nak tambah jumlah unit. Kalau dah puas hati, boleh terus klik butang Confirm untuk menghantar permohonan eIPO.
So itu sahaja caranya untuk mohon IPO. Selepas sahkan pembelian anda bolehlah tunggu pengumuman cabutan sama ada dapat atau tidak.
sekian terima kasih ,kepada yang membaca ,untuk article seterusnye tulis di komen .
Comments